• Konsep kendiri

    b) Pemajuan Peribadi dan Konsep Kendiri

    Takrif konsep kendiri

     Mencerminkan bagaimana seseorang itu menilai tentang dirinya, samada dari segi peranan yang dimainkannya (sebagai kawan, adik, pekerja, pelajar, insan dan sebaginya); ciri-ciri personaliti (kejujuran, daya cipta, ketahanan, kefleksibelan, kesungguhan, kelecehan, dll); keadaan fizikal (segak, tinggi/rendah, kurus)


    Ciri-ciri individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif

     

    • Memandang ke hadapan dan kurang menekankan kegagalan yang lepas.
    • Yakin pada pertimbangan sendiri (berdasarkan pengetahuan, pemikiran, iman, adat resam) walaupun orang lain menentang.
    • Cekap mengendalikan masalah – tidak kira siapa yang menghalang dan tidak takut pada kegagalan. Banyak berusaha dan bertawakkal.
    • Dapat menyelami segala aspek perasaan tanpa dipengaruhi oleh perasaan tersebut secara negatif. Pemikiran yang rasional dan tindakan yang matang dapat membantu membendung perasaan.
    • Berupaya membantu orang lain dan bersedia menerima bantuan.
    • Sentiasa menganggap orang lain sebagai individu yang unik dan berbakat. Tidak pernah memperkecilkan kebolehan orang lain. Tanggapan yang positif terhadap orang lain sering menghasilkan tanggapan yang serupa dari orang lain terhadap diri kita.

    Kaedah pembentukan konsep kendiri

     

    • Tentukan matlamat yang ingin kita capai dari segi: Kemahiran, mutu diri dan kedudukan. Kita juga harus praktis dan teoritik dalam membentuk matlamat yang ingin kita capai.
    • Buat keputusan: Orang yang cekap dan berani membuat keputusan pada dasarnya mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Kita harus mengambil setiap peluang untuk membuat keputusan dan tidak sekadar mengharapkan orang lain membuat keputusan untuk diri kita. Kita juga harus bersedia menanggung akibat dari keputusan yang kita buat – samada kesan positif atau negatif.
    • Bayangkan penghasilan yang kita harapkan: Kebolehan membuat gambaran mencerminkan daya cipta kita. Apa yang kita bayangkan dalam pemikiran kita sering mempengaruhi perlakuan kita. Lantaran itu, kita harus sentiasa kita membayangkan dan mengharapkan sesuatu yang positif.
    • Main peranan (role play); Latih diri untuk memainkan peranan yang diharapkan. Latih secara fizikal dan secara mental perlakuan baru yang mungkin terpaksa kita jalankan apabila kita berjaya mencapai matlamat kita.
    • Bentuk kemahiran dalam sesuatu bidang: Kewibawaan yang dibentuk melalui kepakaran dapat mengukuhkan konsep kendiri kita. Melalui kemahiran ini juga kita dapat meninggikan sumbangan kita kepada organisasi atau orang lain. Kemahiran ini tidak semestinya sofistikated jika ia unik atau lain dari yang lain.
    • Gunakan kaedah sokongan (reinforcing techniques): Beri ganjaran dan belaian pada diri kita dan orang lain. Kita harus cuba untuk memberikan ganjaran yang setimpal dengan prestasi atau penghasilan yang didapati. Kita juga sentiasa ikhlas, jujur dan bersyukur.
    • Kenalpasti dan terima hakikat mengenai kelemahan dan kekurangan diri kita: Dalam konteks ini kita harus realistik. Kita seharusnya jangan terlalu mengharapkan ‘keunggulan’. Sikap yang terlalu idealistik boleh menyebabkan kita kurang bertolak ansur kepada diri kita dan orang lain.
    • Terus belajar dari buaian hingga ke liang lahad: Carilah pengetahuan samada secara formal atau tidak formal. Pertambahan ilmu kepada diri kita boleh menaikkan konsep kendiri.
    Post Tagged with
Comments are closed.