• Petua memperbaiki komunikasi (2)

    1. Jika perasaan kita terluka, ingatkan kepada diri kita bahawa orang lain mungkin tidak sengaja melukakan hati kita. Jarang terdapat orang suka menyakitkan hati orang lain dengan sengaja kecuali mereka sakit jiwa!
    2. Kita harus sentiasa peka kepada perasaan orang lain. Apa yang kita lakukan dan apa yang kita cakapkan harus bergantung kepada perasaan yang ditunjukkan oleh orang lain.

    3. Bentuk keyakinan dalam diri orang lain dengan memberikan mereka tanggungjawab yang berpatutan. Tunjukkan yang kita yakin pada kebolehan dan kewibawaan mereka.
    4. Tunjukkan penghargaan kita setiap kali orang lain melakukan sesuatu untuk kita. Berapa orang diantara kita yang memuji dan berterima kasih kepada jurutaip yang menaip surat kita dengan cermat dan cepat? Berapa orang diantara kita masih berterima kasih dan memuji isteri kita kerana menyediakan secawan kopi (walaupun dah kahwin 17 tahun!!!)?
    5. Tunjukkan yang kita mengambil berat tentang orang lain. Kebanyakan kita memang mengambil berat mengenai kebajikan orang lain tetapi malangnya tidak memanifestasikan perasaan dan hasrat kita itu. Air muka, pertuturan dan tindakan kita harus mencerminkan perhatian kita tentang orang lain.
    6. Tegur dan beri penghormatan kepada orang lain tanpa mengira kedudukan mereka. Bayangkan betapa seronoknya hati seorang tukang kebun sekolah apabila guru besarnya menegurnya terlebih dahulu dengan penuh kemesraan dan kegembiraan!
    7. Latihlah diri kita untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Kebanyakkan kita pandai dan suka bercakap tetapi tidak berkemahiran untuk mendengar- mendengar secara aktif, kritis dan empati.
    8. Tunjukkan kepada orang lain yang kita menganggap mereka sebagai orang yang mustahak. Satu cara yang paling berkesan ialah dengan meminta pandangan atau nasihat dari mereka. Betapa besarnya hati seorang jurutaip bila guru besar sekolahnya meminta pandanganya untuk memilih corak yang sesuai untuk langsir pejabat!
    9. Untuk yang tidak berbakat. Kita harus melatih diri kita supaya pandai membuat atau menerima gurauan. Ada diantara kita yang pandai mengusik orang lain tetapi cepat masam muka apabila diusik.
    10. Jangan sekali-kali bocorkan rahsia yang diamanahkan kepada kita, walaupun kepada isteri/suami kita.
    Post Tagged with ,
Comments are closed.