• Petua memperbaiki komunikasi (3)

    1. Hormati keanehan dan keunikan orang lain. Kita semua mempunyai keanehan dan keunikan yang tersendiri. Ada orang yang pitam apabila masuk bilik yang tidak bertingkap (walaupun bilik itu berhawa dingin). Ada pula orang yang pantang tengok orang yang berketayap. Macam-macam ragam manusia.
    2. Bila bercakap biarlah beralas. Cakap yang beralas itu lebih mudah terima, dan jika kita tidak dapat memenuhi apa yang dijanjikan kita tidak akan ditempelak.

    3. Bila bercakap dengan orang lain, pastikan kita menggunakan jarak yang sesuai dengan maklumat yang ingin kita sampaikan.
    4. Gunakan bahasa badan yang sesuai dan yang menyokong bahasa lisan yang kita gunakan. Misalnya, berpeluk tubuh sambil bercakap kepada orang bawahan membayangkan kita bersikap angkuh dan apa yang dicakapkan itu dianggap sebagai perintah.
    5. Wujudkan dan kekalkan pertembungan mata (eye-contact) semasa bercakap dengan orang lain. Pertembungan mata menunjukkan penghormatan dan minat kita kepada orang lain. Dengan memandang juga membolehkan kita membuat penilaian mengenai interaksi yang sedang dijalankan. Kita dapat meninjau samada pendengar kita seronok, faham, penat, jemu dan sebagainya.
    6. Anggukkan kepala kita pada setiap ketika yang sesuai semasa bercakap dengan orang lain. Angguk melambangkan persetujuan kita mengenai apa yang dicakapkan. Ini biasanya memberi galakan kepada orang lain untuk meneruskan perbualan atau percakapannya. Jangan mengangguk seperti para jemaah sembahyang Jumaat – ada yang mengangguk hinggakan dagu sampai ke lantai walaupun khatib belum mula berkhutbah.
    7. Bila berjabat tangan, jabatlah tangan orang lain dengan kemas, pandang ke mukanya dan berikan senyuman. Rasul s.a.w. sangat mesra apabila berjabat tangan dan beliau yang akhir sekali melepaskan tangan orang.
Comments are closed.