• Petua memperbaiki komunikasi

    PETUA MEMPERBAIKI KOMUNIKASI DALAM TEAMBUILDING

    ( petua dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah)

                Kemahiran komunikasi antara perseorangan melibatkan berbagai-bagai aspek dan berhubungkait dengan bermacam-macam konteks. Sebahagian dari aspek-aspek ini dinyatakan secara ringkas di bawah ini.


    1. Latih diri supaya mudah mengingat nama orang lain. Semasa berinteraksi gunakan nama orang yang sedang berhubung dengan kita. Ini akan menyebabkan perhubungan menjadi lebih mesra dan melahirkan kesan psikologi yang positif. Nama kita adalah perkataan yang paling indah pada pendengaran kita (walaupun ianya BULAT BIN BUJAL).
    2. Kita harus sentiasa mengingat hakikat bahawa penghargaan dan pujian akan membawa kesan positif dan meninggikan prestasi orang lain manakala kritik menyebabkan kesan yang sebaliknya. Berikan penghargaan dan pujian secara jujur.
    3. Jangan lupa untuk MEMBELAI (secara fizikal atau psikologikal atau kedua-duanya) seseorang sebelum kita mengkritiknya. Belaian ini akan menyejukkan hati pendengar dan menyebabkan pendengar itu lebih bersedia untuk menerima kritikan tersebut. Sampaikan kritikan dengan nada yang rendah dan air muka yang mesra dan ikhlas.
    4. Sampaikan puji-pujian dari pihak yang ketiga kepada orang yang sedang kita ajak bercakap. Walaubagaimanapun tidaklah perlu kita menyampaikan komen-komen yang negatif. Setakat mana yang boleh kita harus membela orang lain yang sedang dikritik jika orang itu tiada di situ untuk membela dirinya sendiri.
    5. Jangan bebankan orang lain dengan masalah kita, kecuali bila perlu. Kita harus ingat bahawa orang lain pun mempunyai masalahnya tersendiri yang kita tidak tahu. Dalam konteks ini apabila orang lain menceritakan masalah kita kepadanya kecuali kalau ia dapat membantu dalam menyelesaikan masalah orang lain itu.
    6. Latih diri supaya menjadi orang yang mudah dan seronok didampingi. Sentiasa tunjukkan muka yang manis dan mesra. Orang yang mukanya masam harus berlatih untuk SENYUM dan diberi ganjaran oleh ALLAH.
    7. Bila kita tergerak untuk berdebat atau berbalah dengan orang lain, ingatkan diri kita bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang unik dan mungkin berbeza mengenai seseorang, sesuatu objek atau sesuatu keadaan. Hormati pandangan orang lain kerana setiap individu berhak untuk mempunyai pandangannya sendiri, kecuali pandangan yang bertentangan dengan syarat.
    8. Pastikan kita hanya memberi komen atau pandangan mengenai perkara-perkara atau isu-isu yang dapat kita bincangkan secara optimistic dan bersemangat. Optimisme dan semangat yang kita tunjukkan Insya-Allah akan menular kepada pendengar kita.
    Post Tagged with ,
Comments are closed.