Slot Pendek

Jika ada tuan-tuan dan puan-puan yang menginginkan slot ceramah pendek, di bawah ini diletakkan antara tajuk slot ceramah/aktiviti pendek yang boleh mengisi slot program tuan/puan

untuk tempahan ceramah pendek/slot pendek, sila hubungi 013-7777 019 atau emelkan ke visionmeps@gmail.com

1. Asas insan – MEPS

2. Anjakan Paradigma

3. “Walk on Fire”

4.  “Fireball”

5. “Back to Fitrah

6. Senaman Pernafasan

7. Transformasi budaya kerja cemerlang

8. Komunikasi GETS

 

ASAS INSAN – MEPS

Tempoh masa: 1 jam – 2 jam

Insan itu terdiri daripada beberapa unsur utama

1. MIND (akal)

2. EMOTION (emosi)

3. PHYSICAL (fizikal)

4. SPIRITUAL (roh)

 

Untuk mendekatkan diri kepada Allah iaitu pencipta seluruh alam, manusia perlu mengenal diri seiring dengan usaha mengenal Allah.

Di dalam ceramah ini, para peserta akan didedahkan dengan

1. Pengenalan terhadap 4 elemen yang disebutkan di atas.

2. Makanan setiap elemenr tersebut

3. Akibat dari kekurangan / tidak diberi perhatian terhadap keperluan elemen tersebut

4. Kaedah menguatkan elemen tersebut

5. Kaedah mengintegrasikan kekuatan elemen dan mengasingkan setiap elemen mengikut situasi yang tertentu

 

ANJAKAN PARADIGMA

Tempoh masa: 1 1/2 – 2 jam

Slot berbentuk aktiviti berkumpulan dan pembentangan

 

Para staf dan pekerja di sesebuah jabatan memerlukan kepada suatu pemikiran yang kreatif, kritis, analitikal dan sebagainya. Akan tetapi di dalam sesebuah organisasi, hakikat yang terjadi adalah ada antara ahli organisasi yang hanya bekerja pergi pagi, balik petang; tidak banyak dapat membantu organisasi dan tidak dapat memperbaiki kualiti pekerjaan mereka.  Akibatnya, pekerjaan menjadi rutin harian yang membosankan, tiada idea baru, tiada keseronokan, dan sebagainya.

Justeru, para staf dan pekerja perlu kepada memikirkan sesuatu perkara melangkaui ruang kebiasaan mereka, membuat suatu anjakan paradigma pada minda dan pemikiran mereka supaya boleh menghasilkan idea-idea yang berkualiti yang dapat membantu organisasi mereka.

 “WALK ON FIRE” 

Aktiviti luar dewan

Tempoh masa : 1-2 jam


Apa yang akan berlaku jika seseorang merasakan diri mereka tidak berupaya melakukan sesuatu tugas dan pekerjaan yang diminta atau ditetapkan oleh majikannya? Individu tersebut mungkin tidak akan mencuba dan tidak akan melakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh kerana mereka tidak yakin mereka boleh mencapai sasaran yang ditetapkan oleh majikan mereka.

Apabila ini berlaku, amat sukarlah bagi sesebuah jabatan untuk meletakkan sasaran baru yang perlu dicapai oleh para pekerja mereka. Perkara ini juga menyebabkan perjalanan jabatan dan juga perjalanan kehidupan peserta menjadi seakan-akan “statik” iaitu tiada perubahan peningkatan kualiti kehidupan.

Justeru, aktiviti ini dilaksanakan untuk mengajak peserta menerobos sempadan diri mereka.

Para peserta akan diminta untuk berjalan beberapa langkah di atas bara api tanpa memakai kasut atau selipar. Perkara ini dilihat agak “menakutkan” dan merbahaya, tetapi inshaAllah apabila minda sudah positif dan yakin kepada kuasa Allah, bara api yang merbahaya itu tidak dapat mendatangkan mudarat kepada manusia.

01 walk on fire

Apa yang peserta akan dapat di akhir aktiviti ini :

1. Membina keyakinan diri bahawa mereka mungkin merasakan mereka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar, tetapi apabila minda sudah positif, sebenarnya mereka mampu untuk pergi lebih jauh dari sangkaan mereka.

2. Minda yang positif menyebabkan tubuh badan juga akan melakukan perbuatan yang positif.

 

KAMI BERPENGALAMAN MENJALANKAN AKTIVITI INI DARI TAHUN 2003. beribu-ribu peserta telah melaluinya termasuk pelajar sekolah rendah dan inshaAllah selamat

 

“FIREBALL”

Apabila manusia mempunyai matlamat dan fokus terhadap matlamat yang telah wujud itu, manusia tersebut akan sanggup menghadapi segala cabaran dan rintangan untuk mencapainya.

Dalam aktiviti ini, kami memfokuskan terhadap pencapaian matlamat. Oleh itu, para peserta akan bermain bola yang berapi untuk membuktikan bahawa mereka berminda hebat, berminda pejuang!!

fireball  fireball fireball

Sukakan cabaran?? jom ikuti program bersama VISION CONSULTANT

 

 

 “BACK TO FITRAH”

 

Slot ceramah dan aktiviti pembelajaran melalui pengalaman (experiencial learning)

tempoh masa : 1 1/2 – 2 jam

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW:

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Slot ini akan membawa para peserta merasai simulasi pengalaman  sudah meninggal dunia. Muhasabah diri tentang kematian akan berjalan semasa peserta dibalut dengan kain putih seperti dikafankan. mengimbas kembali tentang tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, pekerja, dan sejauh mana tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

img 4521  insaf

SENAMAN PERNAFASAN

Tempoh masa: 30 min – 1 jam

Ilmu pernafasan untuk kesihatan dalaman

Bagaimana dengan mengamalkan kaedah pernafasan yang betul akan membantu merawat penyakit dalam diri dan mencegah penyakit.

Dijalankan ketika aktiviti riadah pagi.

Boleh digunakan untuk mengawal stress.

TRANSFORMASI BUDAYA KERJA CEMERLANG

Ceramah

Tempoh masa : 1- 2 jam

Ceramah yang akan mengupas ciri-ciri insan cemerlang, formula pekerjaan, mencari keredhaan Allah bukan mencari penghargaan manusia, keberkatan rezeki, kekuatan integriti, kekuatan jati diri dan sebagainya.

Penceramah top : Ustaz Mohd Hanuar bin Mohd Talib, telah menjelajah ke seluruh Malaysia untuk berceramah tentang tajuk ini kepada Jabatan-jabatan kerajaan, mahupun swasta.

KOMUNIKASI GETS

Ceramah

Tempoh masa : 1-2 jam

Komunikasi cemerlang membawa perhubungan yang baik antara sesama manusia. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh semua manusia bahawa apabila individu memiliki teknik komunikasi yang cemerlang, orang disekeliling mereka akan berasa senang dengan mereka. Apabila tidak memiliki teknik berkomunikasi yang cemerlang orang sekeliling berasa sebaliknya walaupun individu itu tidak memiliki sikap yang buruk.

apa itu GETS? Para peserta akan didedahkan dengan formula untuk merangsang perhubungan interpersonal yang baik antara mereka dan orang disekeliling mereka.

Ceramah ini pastinya akan membuatkan para peserta tersenyum dan tertawa dan adakalanya merenung kembali persahabatan yang terjalin antara sesama pekerja di dalam organisasi.